Pergerakan merentas negeri: PDRM terima 300,000 permohonan

oleh Mohamad Hanif|
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima kira-kira 300,000 permohonan permit pergerakan antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 12 jam melalui aplikasi Gerak Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata daripada jumlah tersebut, 100,000 individu memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing susulan pengisytiharan PKP. 

“Angka tersebut dijangka meningkat berkali ganda menjelang 29 April.

“Amat perlu bagi polis memastikan bahawa setiap permohonan yang diterima adalah untuk tujuan yang dibenarkan sahaja, supaya perancangan pergerakan antara negeri dapat berjalan dengan lancar dan tidak menyulitkan pengguna-pengguna lebuh raya atau jalan raya yang terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata dalam tempoh yang ditetapkan, pihak polis akan memantau dan menilai trend permohonan yang diterima melalui aplikasi tersebut.

Hasil pemantauan dan penilaian, katanya, akan dimaklumkan kepada kerajaan agar tarikh pergerakan seperti mana yang diumumkan semalam dapat dikaji semula dan diselaraskan mengikut jumlah permohonan yang diterima.

Huzir juga menasihatkan orang ramai agar dapat memberi kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan atas sebab sahih seperti yang ditetapkan. 

Beliau berkata kerjasama semua pihak adalah penting bagi memastikan sistem aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan oleh mereka yang perlu untuk melakukan pergerakan antara negeri.

“Perkembangan lanjut mengenai jadual pergerakan antara negeri tersebut akan diumumkan kelak,” katanya. 

Hari ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata  bahawa tarikh pergerakan kepada mereka yang berada di kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing bukan bermula pada 1 Mei ini. 

Ismail membuat  pengumuman pada Rabu lepas bahawa orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu. – Bernama, 26 April, 2020. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop…
Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti…