Rentas negeri untuk ambil buku di Trengganu - guru kena kompaun RM5,000

oleh HEZERI SAMSURI|
Masih ada lagi yang "mencuba nasib" untuk merentas negeri menjelang Hari Raya.

Terbaharu dua guru sekolah swasta dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana cuba merentas negeri dari Nilai ke Terengganu tanpa permit polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop kebenaran polis.

Antara alasan yang diberikan ialah untuk mengambil buku rujukan yang tertinggal di kampung halaman di Terengganu.

Laporan Sinar Harian juga menunjukan ramai percaya bahawa majikan mereka mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan surat rasmi dan PDRM perlu patuh kepada surat tersebut.


 


 

 

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua aktiviti rentas NEGERI dan DAERAH di seluruh negara tanpa permit PDRM tidak akan dibenarkan mulai 10 Mei hingga 6 Jun depan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka yang perlu merentas DAERAH atas faktor kerja tidak memerlukan permit atau kebenaran PDRM, sebaliknya memadai dengan mengemukakan surat pengesahan syarikat.

Terkini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan pergerakan rentas daerah atau negeri bagi tujuan kerja tidak memerlukan surat kebenaran PDRM tetapi memadai jika pekerja mempunyai salinan surat kebenaran MITI untuk syarikat tersebut beroperasi semasa PKP dan surat majikan. 

 

 

 

 

Cetakan surat COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) boleh digunakan tetapi MITI menasihatkan agar majikan memuat turun surat CIMS yang terbaharu bagi mengelakkan isu dengan pihak berkuasa.

Untuk senarai SOP sektor masing-masing, sila rujuk www.mkn.gov.my dan sekiranya memerlukan bantuan teknikal berkaitan akses atau pendaftaran ke CIMS 3.0, anda boleh e-mel ke [email protected] atau [email protected]

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…