Tiada sekatan pergerakan merentas negeri untuk Aidiladha - Menteri Kanan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman terkini yang dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan tiada sekatan perjalanan merentas negeri akan dilaksanakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti:

  • SOP Korban: Hanya 20 orang sahaja dibenarkan bagi seekor haiwan korban, dan bilangan haiwan tidak melebihi 10 ekor
  • SOP Hari Raya: Hanya 20 orang tetamu dibenarkan berkunjung pada satu-satu masa semasa Hari Raya Aidiladha

Ini bermakna, orang ramai dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Sementara itu, individu-individu yang masih di dalam proses kuarantin di rumah adalah dilarang sama sekali untuk keluar beraya, pulang ke kampung, menunaikan solat sunat Aidiladha dan tidak boleh menerima tetamu. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…