Pergerakan merentas negeri (7-10 Mei) terhad kepada kenderaan persendirian sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Polis sedang meneliti untuk membenarkan rakyat yang terkandas di kampung dan berhasrat pulang ke kediaman masing-masing menggunakan pengangkutan awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini hanya kenderaan persendirian dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri bagi tujuan itu.

"Kenderaan persendirian sudah ditetapkan, tetapi kenderaan (pengangkutan) awam, polis sedang membuat kajian secara terperinci jumlah kenderaan awam diperlukan kerana pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan.

"Oleh itu, pengangkutan awam seperti bas ekspres dan sebagainya belum ada lagi.

"Saya percaya polis sedang meneliti perkara ini dan bagaimana nak selesaikan isu ini supaya mereka boleh pulang guna pengangkutan awam," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop…
Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti…