CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang luar biasa, mungkin lebih terkenal kerana menggunakan kuasa reka bentuk untuk mengubah dan memodenkan Volvo secara global.
Peter Horbury memulakan kerjayanya di Chrysler UK pada tahun 1974, sebelum berpindah ke Ford UK pada tahun 1977, dan kemudian menjadi konsultan rekaan Volvo pada tahun 1979.
Beliau kemudikan menjadi pengarah rekaan Volvo pada tahun 1991, sebelum menjadi ketua unit rekaan Premier Automotive Group Ford pada tahun 2002, di mana pada ketika itu merangkumi jenama-jenama seperti Aston Martin, Jaguar, Land Rover, serta Volvo.
Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke Detroit untuk berkhidmat sebagai pengarah eksekutif rekaan Ford, dan kembali semula ke Volvo pada tahun 2009 sebagai naib presiden rekaan.
Apabila jenama Volvo diambil alih oleh Zhejiang Geely Holding, beliau kemudian memegang jawatan sebagai naib presiden kanan rekaan Geely, sebelum menjadi naib presiden kanan unit reka bentuk Group Lotus pada September 2021.
Antara model Volvo yang pernah mendapat sentuhan Peter Horbury termasulah S40 dan V40 1995, C70 1997, S80 1998, V70 2000, S60 2001, XC90 2003, S40 & V50 2004, sebelum diakhiri dengan C30 2006.
Baca: "Lebih baik Proton kekalkan tradisi reka bentuk" - Peter Horbury
Sumber: Automotive News Europe