Apa bagusnya Geely Boyue?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SUV pertama Proton nampaknya akan menggunakan model baharu Geely, Boyue yang dilancarkan di China bulan Mac tahun lalu.

Jadi, apakah yang menariknya akan Boyue ini?

Yang pasti, nama Boyue memang tidak akan digunakan, dan Careta juga berharap nama Bayu tidak akan digunakan kerana terlalu hampir dengan Boyue dan mirip nama beribu-ribu taman perumahan di Malaysia.

Geely Boyue Careta rear

Jom kita kenali apa itu Geely Boyue.

  • Ia juga dikenali sebagai Emgrand Boyue.
  • Semua kerja penyelidikan di lakukan di Pusat R&D Geely Auto di Hangzhou. Namun begitu, seperti syarikat kenderaan lain, pelbagai vendor antarabangsa dibawa masuk untuk membantu projek ini.
  • Boyue dibina berdasarkan tiga konsep ini - menarik untuk dipandu, mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan membawa kepintaran teknologi automotif terkini.
  • Dari segi saiz, Boyue ini 71 mm lebih pendek dari Honda CR-V model sekarang. Namun begitu, Boyue 11 mm lebih lebar dan 9 mm lebih tinggi. Jarak roda atau wheelbase Boyue juga 50 mm lebih panjang. 
Peter Horbury
  • Rekabentuk Boyue dihasilkan oleh Peter Horbury, Naib Presiden Kanan untuk Bahagian Rekabentuk di Geely Automobile Holdings. Peter ialah insan yang bertanggungjawab dalam mengubah bentuk Volvo dari bentuk kotak mancis, kotak sabun, kotak ubat gigi dan kotak kasut kepada bentuk modern Volvo sekarang yang seksi mengalahkan artis selebriti muda negara. 
  • Geely mempunyai lebih dari 300 perekabentuk bertaraf global, dan mereka bekerja di empat studio global milik Geely - di California, Barcelona, Gothenburg dan Shanghai. Kesemuanya bekerja di bawah Peter Horbury.
Geely Boyue Careta side
  • Boyue mempunyai beberapa pilihan enjin - 2.0L biasa dengan 161 hp, 1.8l Turbo Direct Injection dengan 181 hp dan 2.4L biasa.
  • Ia lengkap dengan teknologi pintar seperti Apple CarPlay dan Android Auto yang mampu berinteraksi dengan telefon pintar pemandu dengan hanya mengungkap satu ucapan - Hello Boyue. Mungkin untuk Proton, kita boleh tukarkan jadi Assalamualaikum Boyue. 
  • Ia juga mempunyai sistem internet G-Netlink 4G. Di Malaysia, mungkin ia akan menggunakan khidmat internet YES 4G. Harapnya, liputan Yes lebih baik dari dahulu, yang selalunya berakhir dengan No.
Geely Boyue Careta dalam

Proton mungkin akan meminta kebenaran untuk memberikan sedikit sentuhan Proton kepada model ini. Pastinya, ia perlu mempunyai Ride and Handling yang setaraf dengan model-model Proton sekarang dan juga tema keselamatan yang tinggi oleh Proton bermakna ia akan sarat dengan teknologi beg udara dan lain-lain lagi.

Berkaitan harga pula, Proton tidak mempunyai banyak pilihan kerana sudah terbukti model-model Proton yang berharga melepasi RM75,000 akan mempunyai masalah untuk dijual.

Boyue ialah model yang membawa angin kemodenan kepada Geely dan kita berharap perkara yang sama turut berlaku kepada Proton. 

Geely Boyue Careta front quarterGeely Boyue Careta dashboard

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…