Perak setuju sedia lokasi kepada Geely untuk bina universiti

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar kecil Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad
Perak bersetuju untuk menyediakan lokasi bagi pembinaan sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Proton City, Tanjung Malim sepertimana dicadangkan oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu telah dibincangkan dua minggu lepas semasa kunjungan pihak pengurusan kanan syarikat berkenaan ke negeri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Dalam perbincangan berkenaan mereka meminta kita (Kerajaan Perak) menyediakan lokasi pembangunan universiti itu dan pada masa yang sama kita sudah mencadangkan beberapa lokasi yang dirasakan sesuai.

“Bagaimanapun, tiada tempoh masa tertentu yang telah diletakkan untuk pembinaan universiti in serta perincian lain yang membabitkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertama, Penggal Pertama Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak ke-4 pada Sabtu lalu di Ipoh.

Saarani berkata pembinaan universiti itu dilihat begitu signifikan terutama dalam memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan belia.

“Dalam erti kata lain, pembukaan universiti ini biasanya akan memberi atau menjadikan sesuatu tempat itu sebagai pusat pertumbuhan baharu. Jadi anda boleh bayangkan apa yang akan terjadi di situ,” katanya.

Sebelum ini, Geely dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM akan membawa pelaburan bernilai RM32 bilion bagi pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

Projek mega berimpak tinggi dengan menekankan kepada sistem dan teknologi baharu dalam industri automotif global itu dijangka akan menjadi hab industri automotif bagi rantau ASEAN.

Dalam pada itu, Saarani berkata Dewan Belia Negeri Perak merupakan wahana penting dalam mengangkat suara serta martabat belia di negeri ini dalam mewacanakan pelbagai isu dan perkara yang melatari pelbagai golongan.

“Sebagai Menteri Besar, saya amat berbangga kerana dewan ini bukan sahaja menjadi medan ujian but generasi muda menoniolkan bakat kepimpinan malah bersama-sama membahaskan is yang boleh diambil perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…