GEELY GALAXY E8, JARAK GERAK 665 KM, HARGA DARI RM115K DI CHINA

oleh Firdaus Razani|
Selepas melihat carta jualan kereta elektrik (EV) di dalam dan luar China lebih di dominasi oleh anak syarikat Geely Holding Group seperti Volvo, Zeekr, dan Polestar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8 dan ia juga merupakan EV pertama Geely yang dijual.

Galaxy E8 merupakan kereta Geely pertama yang menggunakan platform SEA, platform yang sama digunakan oleh Zeekr 001, dan Polestar 4.

 

geely

 

Tidak seperti Volvo, Zeekr, dan Polestar, Geely belum menyasarkan untuk menjadi jenama premium, dan dengan platform yang digunakan ini, kereta ini bertujuan untuk menarik minat pelbagai pembeli.

Dengan kehadiran Galaxy E8 di pasaran, ia membuktikan bahawa Geely boleh membina EV dengan harga yang berpatutan yang penuh dengan ciri moden pada platform EV terkini.

Model Galaxy E8 menawarkan lima varian dengan harga bermula RM115,000 ,  RM121,500 , RM130,000 , RM143,000 dan RM150,000.

 

geely

 

Galaxy E8 boleh didapati dengan pilihan pek bateri 62 kWh, 75.6 kWh dan 76-kWj, dan terdapat tiga pilihan dari segi jumlah jarak, iaitu 550 kilometer, 620 kilometer dan 665 kilometer.

Menurut catatan daripada CNevpost, Geely berkata Galaxy E8 ialah sebuah EV yang sebenar dengan nilai tinggi dan ia bersaing dalam kategori B-segmen China atau sebagai segmen D atau saiz sederhana yang umum tahu.

Di China, banyak kereta dalam segmen itu dikuasakan oleh enjin petrol, jadi E8 merupakan sebuah EV sedan yang besar dan boleh dijadikan sebuah kereta yang mampu milik serta harga tidak membebankan.

 

geely

 

Untuk varian teratas Galaxy E8 yang mempunyai platform voltan tinggi 800 V, ia memberikan jarak 180 kilometer dengan pengecasan selama lima minit dan turut terdapat versi harga yang lebih berpatutan sesuai dengan pengecasan 400V dan kuasa yang jauh lebih rendah.

Dengan jumlah kuasa sebanyak 637hp yang dikuasakan oleh sistem pemacu elektrik silikon karbida berprestasi tinggi dengan dwi-motor berjumlah 475 kW, Galaxy E8 boleh memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam 3.49 saat.

 

geely

 

Dari segi reka bentuk luaran, Galaxy E8 mempunyai reka bentuk badan sedan seperti coupe crossover seperti kebanyakkan reka bentuk EV yang sedia ada.

Model ini didatangkan dengan skrin 45 inci yang besar dengan resolusi 8K, skrin atas papan paling berkuasa yang pernah digunakan dalam sektor EV China, yang dicipta oleh Geely Auto.

 

geely

 

Ia dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295, cip pilihan untuk model EV premium arus perdana terkini, dengan peningkatan lapan kali ganda dalam kuasa pengkomputeran

Menurut Geely, E8 merupakan EV pertama dalam siri Galaxynya dan Geely merancang untuk mengeluarkan tiga lagi EV, dan beberapa lagi hibrid untuk barisan model ini.

 

SUMBER : InsideEVs , CNevpost

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…