GEELY GUNA PLATFORM GEN-BAHARU PADA LYNK & CO DAN GEELY GALAXY

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Geely Auto, Gan Jiayue, mendedahkan rancangan untuk mempercepatkan penyepaduan teknologi baharu ke dalam barisan produk Lynk & Co dan Geely Galaxy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu pada barisan produk arus perdana seperti Lynk & Co dan Geely Galaxy.

Selain itu, barisan model tersebut akan menerima suite komprehensif teknologi elektrik mewah seperti "Pemacu Elektrik Pintar 11 dalam 1, Formula Bateri dalaman dan BMS Tanpa Wayar".

 

GEELY

 

Tambahan itu, jenama Lynk & Co akan menggunakan seni bina 800V yang menyepadukan teknologi canggih seperti "CDC (continuous damping control) Electromagnetic Suspension dan Dual-Chamber Air Suspension”.

Ianya adalah untuk menghasilkan casis digital AI-driven serta meningkatkan kualiti dan keselamatan pemanduan kenderaan.

Menurut Geely, kecerdasan buatan (AI) akan menjadi elemen penting untuk kereta pintar, dan jika tanpai AI, kereta hanyalah pengakutan biasa.

 

GEELY

 

Pada Januari lalu, Geely telah melancarkan model Xingrui A1 yang dibangunkan sepenuhnya oleh Geely yang menawarkan pengguna aplikasi seperti suara AI, lukisan AI dan muzik AI.

Dengan pelancaran pasaran Geely Galaxy E8 pada Januari lalu, Geely telah memulakan "Era Galaxy" untuk 2024 yang menandakan peralihan menyeluruh semua rangkaian jenama Geely ke arah kenderaan tenaga baharu.

Perkara tersebut juga menandakan aplikasi yang meluas teknologi pintar tenaga baharu Geely merentasi pelbagai produk.

 

SUMBER : Gasgoo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…
Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…