Penunggang P-hailing wajib ada GDL kelak

oleh HEZERI SAMSURI|
Pindaan pada Rang Undang-Undang (RUU) yang bakal dibentangkan di parlimen akan datang bakal mewajibkan penunggang p-hailing (penghantar makanan dan barang-barang) memiliki lesen memandu vokasional atau GDL bagi operasi tersebut.

Pindaan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] juga akan memastikan penurunan had usia penunggang p-hailing tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi negara di mana ada yang sudah mula bekerja selepas tamat persekolahan.

Undang-undang baharu ini akan membuka peluang kepada lebih ramai menyertai sektor perkhidmatan p-hailing dan lain-lain platform perkhidmatan penghantaran.

Ka Siong turut menjawab permintaan sesetengah pihak yang tidak mahu GDL diwajibkan.

"GDL diwajibkan agar semua akan menghadiri kursus untuk memastikan kualiti perkhidmatan tercapai dan dan juga bagi mengekang mana-mana pihak yang tidak berlesen untuk beroperasi tanpa memahami hak pekerja dan juga undang-undang," tegas beliau.

Menteri itu juga mahu pengendali p-hailing untuk duduk bersama-sama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kementeriannya untuk membincangkan dasar-dasar pengiraan pembayaran dan surcaj yang dikatakan tidak difahami oleh penunggang dan juga pihak lain.

Selain dari itu, hasil tinjauan Careta mendapati kos GDL sekarang merangkumi bayaran kursus teori dan ujian di sekolah memandu (RM350), ujian pemeriksaan kesihatan (RM60) di klinik-klinik swasta dan RM20 untuk kad GDL tersebut (sekiranya lulus). Pemohon juga perlu mempunyai lesen memandu melebihi satu tahun. 

Dari pengalaman Careta yang pernah berbincang dengan ramai penunggang p-hailing sebelum ini, cara pengiraan bayaran upah dilihat sering berubah-ubah dan ini menyusahkan penunggang.

Diharapkan dengan usaha Kementerian Pengangkutan, industri ini akan lebih berdaya saing dan akan memanfaatkan pemain industri dan juga pekerja-pekerja sektor ekonomi gig.

* Laporan asal dari Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani (yang dipetik daripada Bernama), JPJ juga memaklumkan langkah tersebut…