PENGHANTAR - Mohon kaji semula kenaikan harga petrol

oleh SALINA JALIL|
Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) meminta kerajaan mengkaji semula kenaikan harga petrol sejak kebelakangan ini yang dilihat membebankan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan.


PENGHANTAR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kenaikan harga petrol menimbulkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan penunggang P-Hailing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dalam keadaan rakyat Malaysia dan penunggang P-Hailing khasnya yang ketika ini menanggung beban masalah ekonomi yang kritikal, kami tidak bersetuju sama sekali dengan kenaikan ini.

 

"Semalam harga petrol naik tiga sen dan kenaikan ini berlaku tidak lama selepas harga naik sebanyak satu sen pada minggu lalu.

 

"Dalam keadaan kadar pendapatan mereka yang tidak menentu, kadar upah bayaran yang tidak berbaloi, ditambah dengan lambakan 'riders', sudah tentu kenaikan harga minyak ini menambahkan lagi kesan negatif terhadap pendapatan mereka," menurut kenyataan itu.

 

Menurut kenyataan itu, kerajaan perlu mengkaji semula kenaikan harga petrol terbabit dan mencari insiatif untuk membantu penunggang P-Hailing yang terbabit dalam perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan.

 

Malah, penunggang P-Hailing membantu kerajaan dalam usaha merancakkan ekonomi negara walaupun Malaysia berdepan situasi mencabar akibat penularan pandemik COVID-19.

 

Dalam pada itu, persatuan terbabit mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan undang-undang berkaitan pemandu mabuk susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang P-Hailing, baru-baru ini.

 

"Kami dimaklumkan dengan insiden seorang penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan meninggal dunia selepas dilanggar lari di Seri Kembangan, semalam.

 

"Perkara ini bukan kali pertama berlaku di Malaysia. Persoalannya sampai bila kerajaan mahu mendiamkan diri. Tidak kasihankah kerajaan kepada golongan penunggang P-Hailing," menurut kenyataan itu.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…
Informasi
  Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan…