Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengunjung perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ACP Imran Abd Rahman dalam kenyataan berkata pengunjung digalakkan datang lebih awal serta merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan lain dan kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan dalam keadaan berkunci.

 

"Kenderaan yang diletak di bahu jalan akan ditarik dan dikompaun," katanya dan menambah sebanyak 627 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan selama tiga hari bagi memastikan kelancaran acara berkenaan.

Beliau berkata pengunjung juga tidak dibenarkan membawa senjata atau barang-barang berbahaya ke dalam kawasan SIC atau tindakan tegas akan diambil bagi kesalahan itu.

Selain itu, beliau berkata pengunjung diingatkan supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan bagi mengelakkan kecurian.

"Pengunjung diminta tidak melakukan sebarang tindakan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan perjalanan acara," katanya.

Imran berkata kawasan SIC juga merupakan kawasan larangan merokok yang hanya boleh dilakukan di tempat yang dibenarkan, dan jika tidak dipatuhi boleh dikompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau menasihati pengunjung untuk melaporkan kepada pihak polis dengan segera jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini supaya tindakan awal dapat diambil.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Zhang menghantar sebanyak lima penyertaan peraduan berserta resit bernilai RM300 ketika tempoh…
Berita Global
  "Jika kita tunggu sehingga segalanya selesai, ia mungkin terlalu lewat.   "Selain itu,…
Berita Domestik
  Katanya, Tasik Kenyir di sini adalah antara lokasi yang paling sesak dengan pengunjung…