Zhang menghantar sebanyak lima penyertaan peraduan berserta resit bernilai RM300 ketika tempoh peraduan itu berlangsung telah dipilih sebagai pemenang dan membawa pulang sebuah Isuzu D-Max X-Terrain bernilai lebih daripada RM150,000.
“Saya sangat teruja ketika dimaklumkan sebagai pemenang hadiah utama itu. Sebelum ini, saya hanya pernah memenangi hadiah kecil sahaja dan tak pernah membayangkan akan menerima hadiah sebesar ini dengan nilai yang tinggi. Ia sebuah trak pikap yang ranggi dengan penampilan menawan, dan saya berterima kasih kepada Pavilion dan Isuzu untuk ini,” jelas Zhang ketika menerima trak pikap berwarna Silky Pearl White miliknya.

Penyerahan kunci Isuzu D-Max X-Terrain kepada beliau dilakukan oleh Pengarah Pemasaran, Pavilion REIT Malls, Kung Suan Ai bersama Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sogo mengucapkan tahniah kepada Zhang atas kemenangan beliau membawa pulang trak pikap yang paling diinginkan di Malaysia ketika ini.
“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Zhang kerana memenangi hadiah utama berupa sebuah Isuzu D-Max X-Terrain.
“Isuzu D-Max itu sendiri adalah gabungan kemenangan antara gaya, kemewahan, keselamatan serta kepelbagaian, dan saya sangat pasti ia akan menemani anda dalam banyak perjalanan yang bakal diingati,” ujar Sogo.
Penulis: IZRA