Pengguna mengadu mudah mual ketika lalu Lebuhraya Bertingkat Japek II

oleh Mohamad Hanif|
Di Indonesia, terdapat sebuah lebuhraya bertingkat yang digelar sebagai Lebuhraya Jakarta-Cikampek (Japek Elevated) sepanjang 36.4 kilometer, namun dengan rekaan yang beralun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuhraya Bertingkat Japek II ini, PT Waskita Karya Tbk. memberitahu, rekaan tersebut bukanlah disengajakan akan tetapi terpaksa mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan. 

Pengarah Operasi II, Bambang Rianto berkata had kelajuan yang ditetapkan kepada pengguna lebuhraya tersebut hanyalah sekitar 60-80 km/j sahaja. 

Selain daripada itu, reka bentuk yang beralun adalah disebabkan pembinaannya yang dikelilingi dengan stuktur sedia ada seperti lebuhraya, jejantas, pembinaan LRT, laluan tren serta sistem grid nasional. 

Beberapa akhbar utama Indonesia melaporkan terdapat pengguna mengadu mudah mual apabila melalui lebuhraya yang beralun tersebut, sehinggakan ada yang terpaksa mengambil ubat dan meletakkan koyok di pusat. 

Seorang pakar perubatan, Dr. Felix Samues menegaskan perasaan mual tersebut bukanlah berpunca daripada jalan yang beralun. 

Dr. Felix kemudian menambah, perasaan loya adalah disebabkan gangguan kepada keseimbangan yang dikawal oleh otak serta anggota badan yang lain seperti mata, telinga dan juga sendi. 

Perasaan loya ini lebih terasa apabila pengguna menumpukan perhatian kepada peranti pintar di dalam kenderaan, jadi beliau mencadangkan supaya mereka yang mudah loya supaya melakukan perkara lain seperti berbual atau mendengar muzik, atau mengalihkan pandangan ke luar tingkap. 

Sumber: Detik.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…