Penerbangan Singapore Airlines dilanda gelora udara, seorang penumpang maut, beberapa lagi cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang penumpang maut, manakala beberapa lagi cedera dalam penerbangan Singapore Airlines dari London akibat dilanda gelora udara.

Boeing 777-300ER ke Singapura telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada jam 3.45 petang tadi waktu tempatan.

Ia disahkan Singapore Airlines dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penerbangan SQ 321 itu membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal.

“Singapore Airlines mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. ” menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu menambah, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang dan sedang menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan.

Pihak berkuasa Thailand juga dilaporkan telah menghantar ambulans dan pasukan kecemasan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Uncategorized
Dalam kemas kini lewat Isnin, syarikat penerbangan itu berkata 50 orang yang berada dalam…
Berita Global
Seorang penumpang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat disyaki serangan jantung dan berpuluh-…
Berita Global
  Pesawat penumpang itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam…