Seorang penumpang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat disyaki serangan jantung dan berpuluh-puluh penumpang yang lain cedera selepas penerbangan Singapore Airlines SQ321, yang terbang dari London ke Singapura, berdepan apa yang disifatkan oleh syarikat penerbangan itu sebagai gelora udara mendadak dan melampau semasa terbang di atas Myanmar.
"Pecutan menegak berubah daripada 1.5G negatif kepada 1.5G positif dalam masa 4 saat. Ini berkemungkinan mengakibatkan penumpang yang berada di udara terjatuh semula," katanya, memetik maklumat data yang diambil daripada data penerbangan dan perakam suara kokpit.
"Perubahan mendadak dalam G dalam tempoh 4.6 saat mengakibatkan penurunan ketinggian 178 kaki (54 m), daripada 37,362 kaki kepada 37,184 kaki. Berikutan perubahan mendadak ini berkemungkinan menyebabkan kecederaan yang serius kepada anak kapal dan penumpang," tambahnya.
Gambar-gambar viral dalam ruang kabin menunjukkan keadaan huru hara dengan kecederaan para penumpang beserta topeng oksigen yang terbuka dari panel yang tergantung di siling dan bagasi yang berselerakan. Seorang penumpang berkata beberapa kepala penumpang lain telah terhantuk di bahagian lampu di atas tempat duduk dan ini menyebabkan panel tersebut pecah.
Kementerian berkata, siasatan lebih mendalam masih dijalankan.