Pesawat penumpang itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam kemudian, diiringi jet pejuang.
“Siasatan awal menunjukkan seorang penumpang lelaki, bukan warga negara Singapura yang berusia 37 tahun mendakwa terdapat bom dalam beg tangan dan menyerang anak kapal,” kata kenyataan polis.
Suspek dihalang oleh anak kapal dan kemudiannya ditahan kerana melakukan ugutan palsu terhadap tindakan pengganas, selain disyaki mengambil dadah.
Jurucakap syarikat penerbangan berkata, “Singapore Airlines telah mengesahkan seorang penumpang yang tidak dikawal menyerang seorang anak kapal dan membuat ancaman bom dalam penerbangan SQ33.”
Penumpang dan anak anak kapal telah turun seperti biasa selepas pemeriksaan keselamatan pesawat selesai, kata mereka lagi.