Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi carian di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Difahamkan, tanda dagang Proton X80 itu didaftarkan di bawah beberapa kategori, termasuklah Kelas 12 (kategori kereta, kenderaan, automobil motor), Kelas 25 (pakaian, kasut) serta Kelas 35 (pengiklanan, pemasaran media sosial).
Untuk makluman, pada tahun lepas laman Funtasticko turut melaporkan penemuan pendaftaran dua nama baharu oleh Proton yang dibuat oleh ejen Azmi & Associates, iaitu Proton X80 dan Proton X90 (yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas) di laman MyIPO.
Jadi, model Geely yang manakah mampu menjadi calon sesuai untuk dipadankan dengan nama X80 itu?
Buat masa ini, Geely mempunyai dua model SUV yang lahir dari platform CMA (Compact Modular Architecture), iaitu Geely Xingyue (FY11) dan juga Geely Xingyue L (KX11).
Baca: SUV Coupe Geely Xingyue
Sumber: Funtasticko