Pencabar baharu Tesla Model 3, Polestar 2 - BMW i4 sasar capai 700 km

oleh Mohamad Hanif|

Segmen yang selama ini didominasi oleh Tesla Model 3 dan model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi - Polestar 2 - akan menerima pesaing baharu dalam masa tiga tahun lagi. 

Berdasarkan gambar intipan terkini yang diperoleh, BMW kini sedang giat menguji model sedan fastback berkuasa elektrik sepenuhnya iaitu i4. 

BMW nampaknya mengambil jalan yang lebih selamat dengan memakaikan rekaan garis badan yang konvensional, yang mana jika dilihat dengan lebih dekat menyerupai bentuk yang sama seperti 4-Series Gran Coupe. 
 


Walaubagaimanapun, BMW pernah mengatakan sebelum ini bahawa model i4 ini juga bakal mengambil inspirasi rekaan daripada i Vision Dynamics Concept, bagi membezakan ia daripada model enjin pembakaran dalaman. 

BMW i4 dibangunkan daripada platform CLAR dengan dua konfigurasi pacuan tersedia, roda belakang dan model pacuan semua roda. 

Versi asas akan menggunakan sebuah motor elektrik yang diposisikan di hadapan kenderaan manakala versi premium pula menggunakan konfigurasi motor elektrik berkembar memacu kuasa kepada kedua-dua gandar hadapan dan belakang. 
 


Walaupun tanpa sebarang maklumat lanjut berkenaan pek bateri yang digunakan, BMW i4 bakal memberikan jarak operasi sejauh 700 km untuk sekali cas penuh.

BMW mensasarkan pengenalan rasmi model i4 ini menjelang tahun 2021, menurut Harald Kruger, pengerusi BMW.

Sumber gambar: CarScoops

Add new comment

Careta Ad