AC Schnitzer dedah kereta peronda BMW i4 - promosi talaan yang selamat

oleh Mohamad Hanif|
Sejak bertahun-tahun, AC Schnitzer memperlihatkan hasil kerja mereka dalam bentuk unit kereta peronda polis dalam usaha untuk mempromosikan kempen 'Tune It! Safe!'.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi terhadap kereta dan dalam masa yang sama selamat digunakan atas jalan raya.
 

AC


Hasil kerja terbaharu mereka diperlihatkan menerusi model 'kereta peronda' BMW i4 M50 Gran Coupe.

BMW i4 talaan AC Schnitzer ini telah dipadankan dengan pakej aerodinamik yang merangkumi spoiler dan splitter hadapan, spoiler bumbung belakang, dan spoiler belakang gentian karbon.
 

AC


Sistem suspensi telah direndahkan sebanyak 20-25 mm berbanding kereta standard, sementara keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim AC Schnitzer AC4 Flow Forming bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar Hankook Ventus S1 Evo 3.

Kelengkapan polis yang dimuatkan termasuklah sistem lampu isyarat khas polis yang direka oleh Hella, kerajang Foilatec, serta kerajang keselamatan Securlux pada tingkap sisi.
 

AC


Menurut AC Schnitzer, kesemua komponen dan modifikasi yang dibuat terhadap BMW i4 ini telah pun diuji dan disahkan melepasi semua peraturan jalan raya.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian standard i4 eDrive35 serta varian i4 eDrive35 M…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Berita Global
Kini, syarikat talaan yang berpusat di Aachen itu mengorak langkah baharu dengan menawarkan pakej…