Penambahan perjalanan feri Kuala Kedah, Kuala Perlis ke Langkawi

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi akan ditambah jumlah laluan perjalanan bermula 11 Disember ini berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang tamat sepenuhnya.


Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara (JLMWU), Mohd Hafiz Abdul Majid, berkata ini membolehkan pelancong berkunjung ke pulau itu menggunakan perkhidmatan feri seperti biasa mengikut jadual ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, pertambahan laluan perjalanan feri itu berikutan permintaan orang ramai yang mahukan pengusaha feri menambah perkhidmatan pengangkutan laut itu selepas PKPB dilonggarkan.

 

"Sebelum ini rentas negeri dan hanya membabitkan Zon Hijau ke Zon Hijau saja menyebabkan perkhidmatan feri terpaksa dikurangkan.

 

"Selepas ini, jika permintaan feri terus meningkat, pengusaha feri bersedia menambah perkhidmatan jadual feri untuk memenuhi permintaan pelancong," katanya ketika dihubungi.

 

Justeru, perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah akan ditambah menjadi empat perjalanan trip manakala Langkawi ke Kuala Perlis kepada lima perjalanan, pada 11 Disember ini berbanding dua perjalanan sehala ketika ini.

 

Perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah bermula jam 7.30 pagi, diikuti jam 12.30 tengah hari, 4.30 petang dan 6.30 petang.

 

"Bagi perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi bermula jam 8 pagi, 10 pagi, 3 petang dan 7 malam.

 

"Untuk perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis bermula jam 8 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengah hari, 5 petang dan 7 malam," katanya lagi.

 

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi bermula jam 8 pagi, 10 pagi, 1.30 petang, 2.30 petang dan 7 malam.

 

JLMWU akan memastikan terminal jeti digunakan dalam keadaan terbaik bagi memastikan penumpang selamat dan perjalanan lancar.

 

Semua penumpang feri juga sentiasa diingatkan supaya mematuhi SOP COVID 19 ditetapkan dan sentiasa merancang perjalanan mengelakan kesesakan di jeti.

 

 

 

Laporan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…