PEMANDU TESLA DAKWA JALAN GELAP PUNCA REMPUH TEMBOK PERUMAHAN DI SERDANG

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook yang dimuat naik YC Shaun menunjukkan seorang pemilik kereta elektrik, Tesla Model 3 merempuh sebuah tembok batu di kawasan perumahan di Serdang.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di Facebook, keadaan Tesla Model 3 terbabit hanya mengalami sedikit kemek dan beg udara terkeluar, manakala cerminnya tidak pecah serta berada dalam keadaan baik.

 

 

Difahamkan pemandu yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah restoran.

Pemandu Tesla itu mendakwa bahawa laluan yang dilaluinya itu gelap dan tidak dapat melihat tembok batu itu.

Ujar YC Shaun yang dipercayai menetap di kawasan kejiranan itu, tembok batu tersebut sudah dibina 10 tahun lepas oleh penduduk untuk melindungi kediaman mereka.

 

tesla

 

“Tembok batu itu dibina ketika kawasan itu belum dimajukan sepenuhnya. Kalau anda duduk di kawasan sekitar perumahan itu anda mesti tahu kenapa tembok itu harus dibina.

“Kewujudan tembok itu dikemas kini dalam semua peta dalam talian. Pelik pemandu itu tak nampak,” katanya.

 

tesla

 

Dari pandangan kami, jika dilihat dari perkongsian itu, mustahil jalan tersebut terlalu gelap kerana kawasan tersebut dilihat terang dengan lampu jalan.

Oleh itu, secara kesimpulan, jika memiliki sebuah kereta berteknologi tinggi dengan ciri autopilot atau navigasi terkini, tetaplah peka dengan pemanduan dan jangan cuai ketika memandu.

 

SUMBER : Kosmo , Facebook YC Shaun

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain daripada pameran barisan model tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut…
Berita Global
Siaran kali ini merupakan kali kedua disiarkan semasa permainan Super Bowl itu berlangsung, pada…
Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…