Pemandu bawah umur - Hukuman terlalu ringan, semakan akta akan dibuat!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, pemandu berusia 16 tahun
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan MOT di Putrajaya pada Rabu, beliau berkata selain itu, semua seksyen di bawah akta itu juga wajar disemak semula dari pelbagai aspek.

 

"Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa, itulah denda maksimum yang boleh dikenakan tetapi dalam konteks undang-undang kami akan menyemak semula dari semasa ke semasa," katanya ketika mengulas mengenai hukuman denda yang diperuntukkan di bawah Seksyen 26(2) APJ yang dikatakan terlalu ringan.

Seksyen 26(2) di bawah APJ itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 sehingga RM2,000 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Antara kejadian membabitkan pemandu bawah umur termasuk kes terbaharu yang berlaku Ahad lepas di Pulau Pinang dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya sebelum terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan dua kematian di atas Jambatan Pulau Pinang.

Ditanya jika tindakan akan diambil terhadap ibu bapa pemandu di bawah umur dalam kejadian berkenaan, beliau berkata pihaknya tidak dapat bertindak melebihi undang-undang sedia ada.

"Mana-mana peruntukan undang-undang yang kami boleh gunakan, adalah di bawah akta semasa. Kami tidak boleh melangkauinya. Jadi, apabila kami melakukan semakan semula, sudah tentu kami akan melihat aspek lain yang perlu dimasukkan ke dalam undang-undang," katanya.

Tanpa menetapkan tempoh bagi membuat semakan akta itu, Loke bagaimanapun berkata MOT akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi penambahbaikan APJ.

 

- diharap MOT akan memandang serius perkara ini dan dipinda akta dengan hukuman yang lebih tegas dan keras! -

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian pada jam 10.15 malam itu membabitkan remaja berusia 15 tahun memandu kereta…
Berita Domestik
  Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, berkata anggota bertugas mengesan kenderaan…