Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditahan pandu BMW, curi karavan

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditahan selepas memandu sebuah kereta jenis BMW di lebuh raya di United Kingdom (UK) pada Jumaat.

Menurut polis North Yorkshire, kanak-kanak berkenaan turut melarikan sebuah karavan yang dipercayai dicuri dari tapak perkelahan di Thirsk.

Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds.

"Insiden ini sangat mengejutkan kami kerana had umur minimum pemegang lesen di Britain adalah 17 tahun," katanya.

Suspek ditahan atas beberapa kesalahan termasuk mencuri dan memandu dalam keadaan melulu.

Dia telah dibebaskan atas jaminan polis selepas percakapan dirakam polis. Menurut pihak polis, tiada kecederaan dilaporkan.

 

BBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketika itu mangsa dikatakan berada di di tempat duduk belakang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (…
Uncategorized
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim, berkata…
Berita Domestik
Tekong kemudian bertindak membawa bot ke pesisir pantai bagi membolehkan semua penumpang dan kru…