Pemandu Avanza lawan arus sejauh 2km untuk elak ditahan polis

oleh SALINA JALIL|
gambar dari tangkap layan video
Sebuah kenderaan dipecut secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis, kelmarin.


Terdahulu dalam insiden kira-kira jam 6.30 petang, kedua-dua suspek dipercayai cuba meloloskan diri selepas menyedari polis melakukan pemeriksaan di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata justeru polis bertindak mengekori kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza itu hingga ke Jalan Tali Air 6.

 

"Bagaimanapun setiba di lokasi, suspek memandu secara lawan arus hingga ke Jalan Tali Air 7 dan terus memasuki Jalan Haji Miskan.

 

"Apabila sampai di jalan itu, pemandu disyaki melompat keluar dari kenderaan yang masih bergerak, sekali gus menyebabkan MPV berkenaan terbabas ke parit di sebelah kiri jalan.

 

"Pemandu terbabit dapat melarikan diri, namun seorang lelaki di tempat duduk penumpang hadapan berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 27 tahun itu menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya.

 

"Dadah terbabit dianggarkan bernilai RM450. Hasil semakan lanjut mendapati suspek yang mengalami kecederaan ringan di kaki kiri, turut mempunyai rekod lampau dadah.

 

"Malah, ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

 

Chee Khoon berkata, suspek kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

 

Susulan itu, beliau berkata, polis sudah mengenal pasti identiti pemandu MPV terbabit dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

 

Terdahulu, tular rakaman video dalam laman sosial yang menunjukkan sebuah MPV dipandu secara lawan arus sambil dikejar polis.

 

Video berdurasi 1 minit 2 saat itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu MPV terbabit kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

 

 

Video tersebut di bawah ini:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majistret, Amalina Basirah Md Top, memerintahkan demikian terhadap Mudzyadaha Mohammad, 42, selepas…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, ujarnya, Perodua Kancil berwarna merah itu tidak dapat dikenal pasti nombor…
Informasi
"Penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terbabit cuba berpatah balik dengan melawan arus sebelum…