Pelantikan Ketua Pegawai Operasi baharu di Isuzu Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (IMSB) telah melantik Atsunori Murata sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Murata akan menggalas tanggungjawab menyelia aspek-aspek operasi di bawah Bahagian Kenderaan Komersial (Commercial Vehicle Division).

Pelantikan terkini ini telah dikongsikan oleh Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), sewaktu acara media baru-baru ini. Menurut Nakamura, “Atsunori Murata seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan jualan dan perniagaan, perancangan produk dan operasi, dan telah memegang beberapa jawatan kepimpinan sepanjang berkhidmat di Isuzu Motors Japan. Pengalamannya yang mendalam pasti akan memberikan manfaat kepada syarikat, supaya Isuzu Malaysia dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Kenderaan Komersial (CV) Pilihan No. 1 di negara ini”.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Murata mula berkhidmat di Isuzu Motors Limited sejak tahun 1998, dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam aspek jualan antarabangsa dan pengurusan perniagaan.Beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai pasaran dunia, termasuk China, Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand, negara-negara Kesatuan Eropah, dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tambahan pula, Murata telah mendalami aspek penyeliaan perniagaan, perancangan jualan dan selepas jualan, pengurusan kewangan korporat dan penyelarasan pembuatan kenderaan komersial sewaktu ditugaskan di Isuzu Trucks South Africa pada tahun 2010, dan Isuzu Motors Sub Saharan Africa pada tahun 2015.

 

Sekembalinya berkhidmat dengan Isuzu Motors Japan, beliau telah ditugaskan sebagai Ketua Penyelaras untuk Pameran Motor Tokyo 2017, selain daripada menyelia beberapa acara automotif lain yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan Murata yang luas.

 

Menurut Murata, “Saya berasa gembira dapat menyertai Isuzu Motors Malaysia dan memandang positif terhadap cabaran baru yang bakal saya hadapi. Saya amat bertuah kerana telah diberi peluang menyelaras dan menguruskan jabatan perniagaan automotif di peringkat antarabangsa, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Isuzu Malaysia mencapai kejayaan yang lebih memuaskan dalam industri automotif tempatan”.

 

Selain daripada Murata, di bawah Bahagian Selepas Jualan (After Sales Division, ASD), pegawai-pegawai yang telah menyertai Isuzu Malaysia baru-baru ini termasuk Ryo Kakogawa sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO); Katsushi Shimauchi sebagai Penasihat Kanan untuk Perkhidmatan Pemasaran; dan Yuji Shinya sebagai Penasihat untuk Operasi Alat Ganti.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari  www.isuzu.net.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…