Pandu Uji: Isuzu D-Max 1.9L Premum - cc kecil tak bermakna lemah!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun pasaran Malaysia secara relatifnya kecil jika dibandingkan dengan negara jiran, salah satu kelebihan yang ada ialah pilihan model trak pikap yang pelbagai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan varian 1.9 liter diesel turbo yang lebih mesra cukai jalan itu, ternyata permintaan terhadap model tersebut kian meningkat.
 

D-Max


Sepanjang tahun 2022, sebanyak 9,211 unit D-Max telah berjaya dijual di mana ia mengatasi rekod terdahulu (6,480 unit) yang dicatatkan pada tahun 2016, dan 79 peratus daripada jumlah tersebut disumbangkan oleh varian D-Max 1.9 liter!

Kami berkesempatan menguji Isuzu D-Max 1.9 liter Premium, dan berikut merupakan hasil dapatan kami:

 

1. CC kecil, bertenaga!

Dmax


Untuk dipadankan prestasinya dengan trak pesaing yang mempunyai cc besar sudah pasti satu perbandingan yang senget.

Tapi, sesaran yang kecil itu tidak bermakna Isuzu D-Max 1.9 liter ini sebuah trak pikap yang lemah.
 

Dmax


Atas kertas, ia mampu menghasilkan kuasa 150 PS @ 3,600 rpm dan daya kilas 350 Nm @ 1,800 rpm, dan berdasarkan penggunaan sukar untuk merasakan trak pikap ini lemau seperti jangkaan asal.

Anda boleh rasakan trak pikap ini bertenaga untuk sebuah kenderaan diesel bersesaran kecil, dan pemanduan yang cukup responsif - sekali lagi saya ulang - untuk sebuah trak pikap bersesaran kecil.
 

D-max


Malah dengan muatan yang penuh di bahagian belakang juga tidak langsung mendatangkan masalah besar, keupayaan D-Max 1.9 liter ini sudah lebih daripada mencukupi.

Cekap bahan api? Itu sudah pasti.

 

2. Pemanduan masih macam sebuah trak sejati

D-max


Biarpun Isuzu D-Max generasi baharu kini menggunakan casis dan platform serba baharu yang telah dipertingkatkan, ia tidak menyumbang kepada tahap pengendalian yang lebih diperhalusi.

Jujur cakap, aspek pemanduan D-Max sebenarnya masih lagi dirasakan macam sebuah trak.
 

D-max


Namun tidak semua aspek pemanduan D-Max buruk belaka.

Penulis menghargai respon dan maklum balas yang diberikan oleh sistem stereng D-Max ini bagi menjadikan ia lebih mudah untuk dikawal, malah masih boleh dilayan dengan baik terutama di laluan yang berselekoh.

Harus diingat, had dan batasan sebagai sebuah trak pikap yang besar dan tinggi, ini yang membuatkan penulis lebih gemar berhati-hati semasa memandu mana-mana trak pikap.
 

3. Reka bentuk moden

D-max


Tidak macam Isuzu D-Max generasi kedua, generasi ketiga ini ternyata mampu mencuri tumpuan ramai.

Rekaan luarannya (walaupun dalam varian 1.9L Premium) memang moden habis, disumbangkan oleh unit lampu utama dan DRL berbentuk U yang tajam, struktur jeriji yang gagah perkasa, serta lampu LED di bahagian belakang.

Cuma rekaan rim aloi 18 inci yang aerodinamik itu sedikit sebanyak mencacatkan penampilan garang D-Max.
 

4. Ruang kabin yang seimbang

d-max


Elemen moden tidak seharusnya diterapkan sepenuhnya untuk sebuah trak pikap ditugaskan sebagai kuda kerja lasak.

Elemen klasik seperti paparan meter analog masih lagi dikekalkan, dan penulis amat menghargai ciri tersebut pada sebuah D-Max 1.9L Premium.
 

d-max


Skrin TFT paparan berwarna saiz 4.2 inci itu sudah cukup untuk memaparkan informasi penting, sementara gugusan simbol-simbol
yang kerap kali dilupakan oleh para pemilik baharu dihimpunkan dengan kemas pada bahagian bawah skrin dan di dalam meter analog.

Skrin tengah bersaiz tujuh inci itu dilihat nampak kecil disebabkan struktur bezel yang agak tebal.

Ciri sambungan seperti USB, Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto sudah menjadi satu kelaziman pada kereta masa kini, dan ia turut ditawarkan pada model D-Max ini.
 

d-max


Sistem audio dengan lapan pembesar suara (termasuk pembesar suara bahagian bumbung) menjadikan alunan muzik yang enak didengari semasa pemanduan.

Perkakasan pemanduan (roda stereng, brek tangan, tombol gear) tidaklah begitu kekok untuk digunakan, sedap dan selesa untuk dipegang selalu, sementara penumpang belakang boleh duduk dengan selesa dibantu dengan kehadiran corong pendingin hawa baris kedua.
 

d-max


Selain kehadiran beberapa slot pengecasan, kabin D-Max juga boleh disejukkan dengan kawalan iklim automatik dua zon, dengan butang yang mudah untuk dioperasikan.

Pendek kata, kelengkapan yang dibawakan dalam Isuzu D-Max ini menyebabkan kita lupa ia sebenarnya sebuah trak pikap. Rasa mewah!
 

5. D-Max, trak pikap yang selamat

d-max


Selari dengan perkembangan semasa, Isuzu turut melengkapkan model trak pikap ini dengan kelengkapan keselamatan termaju, termasuklah sistem pemantauan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), serta kawalan jelajah automatik (ACC).

Ciri keselamatan lain termasuklah beg udara SRS, kawalan kestabilan elektronik, sistem kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, bantuan menurun cerun, serta tidak ketinggalan lampu isyarat berhenti kecemasan (ESS).
 

d-max


Untuk makluman, model yang kami pandu uji ini merupakan model tahun 2022, di mana pada tahun 2023 Isuzu telah mengemaskini penawaran D-Max dengan harga jualan untuk varian 1.9L AT Premium bermula dari RM129,149.

Baca: Isuzu D-Max 2023 dengan warna baharu, diff-lock, dari RM95 ribu

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…