Pelancaran rasmi Hyundai Staria di Thailand minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang bakal menerima kehadiran model baharu van kargo/penumpang dengan rekaan kapal angkasa, Hyundai Staria.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi laman Facebook Hyundai Thailand, model terbaharu itu akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Julai, tepat jam 7.00 malam waktu tempatan.

Berdasarkan gambar teaser yang diperlihatkan, berkemungkinan besar Thailand bakal menerima Hyundai Staria versi standard, di mana ia menampilkan unit lampu LED yang lebih kecil, serta rekaan jeriji hadapan yang lebih kemas.

 


Varian asas Hyundai Staria menawarkan konfigurasi tempat duduk bermula dari dua (van kargo) sehingga 11 tempat duduk, di mana ia tidak akan menawarkan tempat duduk baris kedua dengan kerusi kapten.

Dari segi penawaran kuasa, Hyundai Staria bakal didatangkan dengan enjin diesel 2.2 liter VGT yang menghasilkan 174 hp dan 431 Nm, serta padanan transmisi manual atau automatik lapan kelajuan.

Besar kemungkinan pilihan enjin yang lebih berkuasa, iaitu enjin Smartstream 3.5 liter MPI yang menghasilkan 268 hp dan 331 Nm tidak akan ditawarkan untuk pasaran tersebut.

 


Berdasarkan laporan sebelum ini, Hyundai Staria bakal mendarat di beberapa pasaran Asia dan Australia pada tahun ini.

Baca: Hyundai Staria - pengganti Hyundai Starex

Baca: Hyundai Staria - Inspirasi kapal angkasa lepas

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai rujukan, Staria pasaran tempatan digerakkan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo atau 3.5…
Berita Global
Namun, jangkaan awal penulis ternyata salah, kerana ia sebenarnya bukanlah varian baharu atau versi…
Berita Domestik
Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat…