Hyundai Staria 10 tempat duduk bakal muncul Q4, tiga varian, tempahan dibuka, anggaran dari RM17XK

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal melancarkan varian 10 tempat duduk bagi MPV yang diinspirasikan daripada kapal angkasa, iaitu Hyundai Staria menjelang suku keempat 2022 (Q4 2022).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat pertanyaan berhubung kehadiran versi 10 tempat duduk yang bakal menggantikan model Starex.

Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM berkata, "Staria 10 tempat duduk ini merupakan model ideal untuk keluarga besar, pengusaha pelancongan dan perniagaan, dengan pelbagai penambahbaikan dan fungsi didatangkan berbanding Starex terdahulu.
 

Staria


Bakal didatangkan dalam tiga varian iaitu Lite, Plus, dan Max, Hyundai Staria versi 10 tempat duduk ini dikuasakan oleh nadi 2.2 liter CRDi yang mampu menjana kuasa setinggi 177 PS dan daya kilas 431 Nm, serta padanan transmisi automatik lapan kelajuan.

Harga jualan anggaran bermula dari RM17X,XXX dengan yuran tempahan serendah RM1,000.

Pihak yang berminat boleh berkunjung ke mana-mana pusat pameran Hyundai berdekatan untuk membuat tempahan, atau dengan melayari platform beli belah dalam talian Cl!ck to Buy (https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…