Pelancaran rasmi Ford Raptor di KLIMS 2018 - Penampilan istimewa Mustang baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diketahui umum, Ford Ranger Raptor akan dilancarkan secara rasmi pada acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2018) 23 November sehingga 2 Disember ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Ford juga akan menerbangkan secara khas kereta prestasi Ford Mustang baharu untuk dipamerkan dalam acara yang berlangsung selama 10 hari terletak di Hall 2 di bangunan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).


Ruang pameran Ford-SDAC akan memberi fokus untuk menawarkan pengalaman penerokaan menerusi teknologi yang interaktif dan mengasyikkan kepada pelanggan. Ia membolehkan para pengunjung berhubung dengan jenama ini melalui kandungan yang boleh dikongsi di media sosial.

Pengalaman interaktif itu merangkumi Pandu Uji Realiti Maya yang mendidik orang ramai mengenai teknologi keselamatan Ford. Manakala Pengalaman Memandu Augmented Reality (Realiti Terimbuh) membawa pemandu meneroka pelbagai permukaan laluan yang mampu diharungi oleh Raptor menerusi Terrain Management System (TMS).
 


Satu lagi tarikan ialah ciri Self-Guide Audio Tour yang membolehkan pengunjung melawat ruang pameran mengikut masa sendiri menggunakan fon audio. “Lawatan peribadi” ini membolehkan pengunjung mengetahui tentang konsep reka bentuk ruang pameran, sejarah Ford di Malaysia, promosi dan aktiviti, selain memberitahu mereka mengenai semua kenderaan yang dipamerkan.

Para pengunjung yang menempah Ranger dan Mustang Baharu pada acara tersebut berpeluang merebut baucar tunai di dalam sebuah mesin terowong angin.

Acara itu juga menyaksikan SDAC menyerahkan kenderaan Ford Performance, Ranger Raptor kepada  pemilik pertamanya.

Ruang pameran SDAC-Ford (No.1009) terletak di Hall 2 di bangunan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Ia dibuka kepada orang ramai mulai jam 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu dan pada 11 pagi hingga 10 malam sepanjang hari biasa bermula 23 November hingga 2 Disember.

 

Baca: Varian Ford Ranger baharu di Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…