Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger Raptor sememangnya berjaya merancakkan persaingan segmen trak pikap tempatan dengan tarikan dan kelebihan terbaharunya.
Antara faktor utama yang menjadi tarikan bagi Ranger generasi baharu ialah reka bentuk yang dikemaskini, dengan aerodinamik yang lebih baik dan keselesaan dalaman yang dipertingkatkan.
Untuk pasaran Malaysia, Ranger generasi baharu ditawarkan dengan 9 varian, bermula dari model asas XL Single Cab hingga model gaya hidup premium WildTrak dan Ranger Raptor berprestasi tinggi.
Bagi mereka yang menginginkan sebuah trak pikap dengan prestasi sebuah kereta sport, Ranger Raptor baharu dilihat mampu memenuhi kehendak dengan dua pilihan enjin iaitu petrol dan diesel.
Hadir dengan DNA prestasi Ford, Ranger Raptor baharu dikuasakan dengan pilihan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar EcoBoost petrol yang menghasilkan 391 HP dan 583 Nm, dan enjin 2.0 liter Bi-Turbo Diesel yang mampu menghasilkan 207 HP dan 500 Nm.
"Anugerah-anugerah ini mengukuhkan kedudukan Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah sebagai pemimpin pasaran dalam segmen pikap premium, sama ada untuk kerja, keluarga, atau bermain"
"Dengan peningkatan tahap prestasi dan keupayaan yang lebih tinggi, reka bentuk yang lebih mencolok, teknologi canggih, serta keselesaan, kami yakin ia akan terus menjadi pilihan utama di kalangan pengguna dan peminat pikap di seluruh negara."