PayDirect Touch 'n Go kini terdapat di lebuhraya utama Lembah Klang!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber: SoyaCincau

PayDirect, sebuah ciri mudah di dalam aplikasi e-Dompet Touch 'n Go kini sudah boleh digunakan di seluruh lebuhraya utama di sekitar Lembah Klang. 

Dengan adanya PayDirect, pengguna boleh mendaftarkan kad fizikal Touch 'n Go mereka menggunakan aplikasi mudah alih di peranti pintar, dan membayar tol dengan hanya menggunakan amaun wang yang terdapat di dalam e-Dompet sahaja. 

Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan para pengguna menyemak baki kad TnG, malah boleh untuk menambah nilai dengan mudah tanpa perlu ke kedai dan stesen minyak berhampiran. 

Terdapat juga opsyen 'auto reload' disediakan di mana aplikasi ini akan menambah nilai wang di dalam e-Dompet TnG secara automatik apabila nilai yang terkandung mencecah julat yang telah ditetapkan oleh pengguna. 
 


Sekiranya baki e-dompet TnG anda tidak mencukupi, bayaran tol akan ditolak daripada baki kad fizikal dan anda mungkin perlu beratur di laluan tunai untuk menambah kembali nilai. 

Untuk pengguna yang baharu mengaktifkan aplikasi TnG buat kali pertama, anda boleh dapatkan rebat 20 peratus bayaran tol sehingga 10 kali perjalanan. 

Bagi mereka yang menggunakan peranti SmartTAG, usah risau kerana ciri PayDirect ini sebenarnya lebih memudahkan cara dan urusan seharian. 

Selain daripada bayaran tol, e-dompet TnG ini juga boleh digunakan untuk membayar utiliti, membeli makanan dan minuman kegemaran anda bahkan boleh juga membeli tiket wayang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tngdigital.com.my/paydirect.html

 

antara senarai Lebuhraya utama yang menyokong PayDirect

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, segala perkhidmatan di dalam aplikasi TnG eWallet tidak akan berfungsi…
Berita Domestik
Syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang terjejas atas kesulitan dan sedang membetulkan…
Berita Domestik
Dengan pengenalan ciri ini, ia menjadikan Gurney Paragon sebagai pusat membeli belah pertama di…