Fungsi PayDirect TnG kini boleh digunakan di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kegunaan di lebuh raya utama di sekitar ibu negara, fungsi PayDirect yang ditawarkan oleh Touch 'n Go kini boleh digunakan di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan ciri ini, ia menjadikan Gurney Paragon sebagai pusat membeli belah pertama di Pulau Pinang yang memperkenalkan ciri pembayaran nirtunai itu.

Para pengguna hanya perlu menggunakan kad Touch 'n Go, dan mengaktifkan fungsi PayDirect bagi membuat pembayaran parkir, di mana bayaran akan ditolak daripada baki e-dompet Touch 'n Go.

Serentak dengan itu, Gurney Paragon Mall turut menawarkan pulangan tunai (cashback) sehingga 20 peratus (dihadkan kepada RM1.00) bagi pengguna yang membayar menggunakan PayDirect Touch 'n Go, bermula 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021.

Promosi ini terhad kepada 10,000 tebusan pertama, dan hanya dihadkan kepada sekali pulangan tunai untuk setiap pengguna.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, segala perkhidmatan di dalam aplikasi TnG eWallet tidak akan berfungsi…
Berita Domestik
Syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang terjejas atas kesulitan dan sedang membetulkan…
Berita Domestik
sumber gambar: SoyaCincau Sehingga kini, terdapat 16 buah pengendali lebuhraya di sekitar Lembah…