Touch 'n Go umum penyelenggaraan berjadual aplikasi eWallet 15 Oktober ini (2-6 pagi)

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Touch 'n Go dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan terhadap aplikasi Touch 'n Go eWallet pada 15 Oktober ini bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sepanjang tempoh tersebut, segala perkhidmatan di dalam aplikasi TnG eWallet tidak akan berfungsi seperti tambah nilai, bayaran serta merchant dashboard (untuk rakan niaga).

Para pengguna dinasihatkan supaya menambah nilai dan memastikan nilai eDompet yang mencukupi sebelum jam 2 pagi 15 Oktober sekiranya terpaksa menggunakan perkhidmatan PayDirect (tol dan parkir) dan RFID sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.