Pasaran kenderaan Malaysia jatuh 59 peratus Mac lalu

oleh HEZERI SAMSURI|
Jumlah penjualan kenderaan baharu bulan Mac tahun 2020 menunjukan penurunan sebanyak 22,478 unit berbanding dengan 54,776 unit terjual bulan Mac tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penurunan sebanyak 58.96 peratus itu adalah kesan dari pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac.

Menurut siaran media Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tadi, jualan kenderaan persendirian untuk bulan Mac menurun hampir 60 peratus kepada 20,260 unit dari 50,101 unit tahun lalu.

Jualan kenderaan komersil pula menurun 52 peratus kepada 2,218 unit dari 4,675 unit.

Jualan kenderaan untuk bulan Mac 2020 adalah 44 peratus lebih rendah dari jualan di bulan Februari.

Tiada penjualan untuk bulan April kerana PKP terus dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Berita Berkenaan

Informasi
"Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir…
Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…