Parkir atas bahu jalan menjadi isu di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila anda memandu dan mempunyai urusan di kawasan yang sibuk, satu masalah dengannya ialah mencari petak parkir kosong.

Acap kali juga, masa yang diambil untuk berpusing-pusing mencari parkir lebih lama daripada urusan utama itu sendiri.

Sudahnya, parkir sahaja bersepah sama ada secara berganda atau di atas bahu jalan.

Pada masa itu, berserah sajalah jika pegawai penguatkuasa datang menyaman.

Namun tahukah anda isu saman di atas bahu jalan (pavement) sekarang ini menjadi isu di United Kingdom?

Isu ini tercetus apabila Jabatan Pengangkutan UK sedang membuat semakan semula undang-undang trafik yang bakal menyaksikan pengharaman parkir di bahu jalan di seluruh UK.

Sebagai latar belakang masalah, parkir di bahu jalan hanya menjadi kesalahan di London manakala di tempat-tempat lain di UK ia masih lagi kabur walaupun denda boleh juga dikenakan dalam keadan tertentu.

Bahu jalan yang dimaksudkan ialah bahu jalan yang mempunyai pesiar jalan dan bukan bahu jalan yang terang-terang mempunyai garisan kuning.

Satu undian dalam talian yang dibuat oleh portal parkir UK iaitu YourParkingSpace.co.uk mendapati bahawa 55 peratus responden tidak mahu pemandu diharamkan dari meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan dengan pesiar kaki.

Portal tersebut juga mendapati bahawa hampir satu pertiga daripada 500 individu yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini mengatakan tujuan mereka meletakkan kenderaan di atas bahu jalan ialah kerana tidak mahu menghalang jalan raya.

Walau bagaimanapun, satu pihak lain yang bersetuju dengan pengharaman ini mahu saman yang tinggi dan hukuman keras di kenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan dengan satu daripada tiga individu mahukan jumlah denda sebanyak GBP 50 atau kurang daripadanya.

Ada juga pihak yang mahukan mengenakan denda demerit ke atas lesen memandu dan pesalah dihantar ke kursus kesedaran pemanduan atau khidmat komuniti.

Jadi bagaimana sekarang ini? Ambil tindakan atau tidak?

Walaupun pemandu mendakwa mereka tidak mahu menghalang jalan atau lalu lintas, perbuatan meletakkan kenderaan di bahu jalan ini pada masa yang sama menyusahkan pengguna lain.

Pernah tidak apabila anda berjalan kaki, mengayuh basikal di persiar jalan kemudian ada kereta, van, lori mahu pun motosikal menghalang laluan anda?

Aduhai, geram pun anda sampai laluan menjadi zig-zag akibat perbuatan ini.

Jadi bagaimana? Susah juga. Di negara kita, boleh dikatakan kesemua bahu jalan ditandakan dengan garisan kuning yang bermakna salah untuk berhenti atau memarkir kenderaan di situ.

Jika susah sangat, bawa seorang lagi pemandu dan biarkan beliau berpusing ke tempat lain atau carilah ruang parkir bersesuaian dan berjalanlah ke tempat yang dituju sama ada bank, warung pisang goreng atau air kelapa.

Selesai masalah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Di antara alasan biasa yang diberikan ialah: Nak cepat Mereka fikir tiada siapa pun akan perasan…