Rumah dengan parkir kosong jana duit di UK, RM147 juta pada 2021!

oleh Muhammad Md Tajudin|
YourParkingSpace
YourParkingSpace
Dengan jumlah kenderaan yang banyak di sesebuah lokasi, mencari parkir kosong adalah satu cabaran.

Bukan sahaja pada waktu bekerja tetapi ketika majlis sosial seperti kenduri dan sebagainya.

Parkir di depan pagar pintu rumah orang pula boleh mendatangkan masalah. Itu jika dibuat tanpa izin, bagaimana jika tuan rumah membenarkannya?

Ini yang dibuat di United Kingdom (UK) apabila pemilik kediaman menyewakan ruang parkir atau kawasan kosong. 

Di sana, syarikat YourParkingSpace menjadi orang tengah bagi kedua-dua pengguna dan pemilik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
YourParkingSpace

 

Melalui laman web dan aplikasi yang disediakan, pengguna boleh menempah parkir manakala pemilik pula mendapat laba daripadanya.

Setakat ini YourParkingSpace mempunyai 85,000 penyedia parkir yang terdiri daripada orang awam sehingga kepada pasar raya besar.

Bagaimana pula dengan pulangan? Dari carian kami menggunakan lokasi Universiti Sussex, Falmer, pemilik dianggarkan boleh menjana £40 (RM226.54) sebulan.

Untuk tahun 2021 pula YourParkingSpace melaporkan pemilik kediaman menjana pendapatan keseluruhan £26 juta (RM147.2 juta).

 

YourParkingSpace

 

Angka tersebut sebenarnya lebih tinggi berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak £21 juta dan £24 juta pada tahun 2019.

Kecuali tahun 2020, trend menunjukkan peningkatan dengan £12 juta pada tahun 2017 dan £15 juta pada tahun 2018.

Lokasi bagaimana yang boleh menjana duit? 

Menurut Ketua Pegawai Operasi YourParkingSpace, Harrison Woods, lokasi sibuk berhampiran lapangan terbang, stesen kereta api dan kawasan pejabat boleh mendatangkan hasil dengan baik.

 

YourParkingSpace

 

Dari segi pendapatan, warga London paling tinggi menjana duit dengan jumlah £11.5 juta diikuti Manchester sebanyak £1.4 juta pada tahun lalu 

Idea begini memang bagus dan boleh dibuat di negara kita. Sebagai contoh pemilik kediaman yang berhampiran lapangan terbang.

Ada pengguna yang tidak mahu meletak kereta di lapangan terbang dan mereka boleh memilih kediaman berhampiran.

Dari situ, guna khidmat e-panggillan untuk ke destinasi yang dituju.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

YourParkingSpace

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kajian tersebut mendapati majoriti responden warga Britain mahu tabiat parkir di atas persiar…
Berita Global
Tidak sangka ada yang membuat tinjauan mengenai meletak kereta dan itulah yang dibuat oleh …
Berita Global
Sebagai latar belakang masalah, parkir di bahu jalan hanya menjadi kesalahan di London manakala di…