Haramkan parkir atas pesiar kaki - Kajian di kalangan warga Britain

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di antara lokasi parkir yang menjadi tumpuan apabila kekurangan tempat ialah pesiar kaki di bahu jalan.

Tabiat itu bagaimanapun mendatangkan kesukaran buat pejalan kaki bagi menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mereka.

Lebih merisaukan apabila pejalan kaki terpaksa beralah dan melalui jalan raya yang padat dan sibuk.

Di United Kingdom, ada satu kajian yang dibuat oleh YourParkingSpace.co.uk mengenai isu ini.

Portal itu menawarkan khidmat tempahan parkir dalam talian untuk pengguna di UK dan turut membolehkan pemilik parkir menyewa parkir mereka kepada pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
yourparkingspace

 

Kajian tersebut mendapati majoriti responden warga Britain mahu tabiat parkir di atas persiar kaki diharamkan di seluruh United Kingdom.

Lebih daripada separuh responden atau 52 peratus bersetuju supaya tabiat itu diharamkan berbanding 44 peratus dua tahun lalu.

Setakat ini parkir di atas pesiar kaki hanya diharamkan di London dan bakal diikuti di Scotland.

Bagaimanapun banyak tempat di UK mempunyai undang-undang yang tidak jelas mengenainya.

 

yourparkingspace

 

Dikhabarkan kerajaan di sana sedang meneliti isu ini termasuk mengadakan konsultasi bagi menyelesaikannya sama sekali.

Apa yang akan terjadi apabila tabiat itu diharamkan di seluruh UK?

Jutaan pemandu akan terjejas berdasarkan kajian terbaru yang menunjukkan ia adalah tabiat lebih daripada satu dalam tiga pemandu.

Tambahan pula, lebih daripada satu dalam 20 pemandu melakukannya sebagai amalan harian. Sebab paling popular ialah supaya kenderaan yang diparkir tidak menghalang jalan raya.

 

yourparkingspace

 

Jika pemandu tidak naik ke atas pesiar kaki, kenderaan akan memakan ruang jalan raya dan mengakibatkan masalah lain.

Seperti yang dikatakan di awal artikel, tabiat tersebut akan menyusahkan pula pejalan kaki.

Tidak hanya di UK, masalah seperti ini turut dihadapi di negara kita. Lebih menyedihkan apabila kenderaan diparkir di atas laluan khas untuk orang buta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Melalui laman web dan aplikasi yang disediakan, pengguna boleh menempah parkir manakala pemilik…
Berita Global
Tidak sangka ada yang membuat tinjauan mengenai meletak kereta dan itulah yang dibuat oleh …
Berita Global
Sebagai latar belakang masalah, parkir di bahu jalan hanya menjadi kesalahan di London manakala di…