Pandu Pajero atas landasan keretapi, lelaki dipenjara 15 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Berkemungkinan besar diinspirasikan daripada episod Top Gear, seorang lelaki nekad memandu Mitsubishi Pajero di atas sebuah landasan keretapi berdekatan Birmingham, UK.

Aaron O'Halloran, warga British berusia 31 tahun itu dikesan memandu SUV off-road itu di Stesen Duddeston menghala ke Aston sebelum melarikan diri dengan meninggalkan Pajero dan telefon bimbit di tempat kejadian.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun penumpang keretapi terpaksa berhadapan kelewatan selama lapan jam, dengan anggaran kerugian bernilai £23,000 (RM133,426).

 

Meskipun O'Halloran menafikan perbuatan tersebut, pihak juri berpendapat tindakan beliau jelas dan nyata membahayakan nyawa pengguna laluan keretapi, selain memandu dalam keadaan berbahaya dan memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans.

O'Halloran dijatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan oleh Birmingham Crown Court, selain diarahkan untuk membayar surcaj mangsa sebanyak £156 (RM905).

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam cabaran inilah Mitsubishi Pajero mencipta sejarah apabila muncul juara keseluruhan buat kali…
Berita Global
Menurut sumber, model baharu Pajero ini dijadualkan dilancarkan pada Disember 2026. Ia akan…
Berita Domestik
Beliau berkata mangsa yang berminat dengan tawaran harga itu menghubungi suspek melalui aplikasi…