Mitsubishi Pajero bakal lahir semula - dari platform rakan sepakatan Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Pajero - sebuah SUV off-road bersaiz penuh ikonik dan sinonim dengan nama Mitsubishi telah pun mengakhiri produksinya selama 37 tahun dengan pengenalan model terakhir Final Edition pada awal tahun yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemberhentian ini adalah disebabkan kadar penjualan yang semakin menurun di peringkat global, memaksa Mitsubishi menghentikannya di pasaran seperti UK dan Jepun. 

Namun, kitaran hidup Pajero tidaklah terhenti setakat itu apabila Mitsubishi dikhabarkan terbuka untuk menghasilkan sebuah model pengganti SUV tersebut menerusi perkongsian platform (Nissan Patrol).

Menurut bos Mitsubishi Australia, John Signoriello, buat masa ini biarlah Alliance (Renault-Nissan-Mitsubishi) yang menentukan masa hadapan Pajero. 

"Anda tidak akan tahu apa yang pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi bakal bawakan. Inilah keistimewaan perkongsian produk dan platform yang kami miliki. 

Idea untuk menggantikan Mitsubishi Pajero menggunakan platform Nissan Patrol didedahkan buat pertama kali oleh Trevor Mann, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi ketika di Geneva Motor Show 2007. 
 


Sekadar makluman, Nissan Patrol kini sudah pun memasuki generasi keenam semenjak tahun 2010 dan awal tahun lalu, SUV saiz penuh ini telah pun diberikan kemaskini major yang membawakan lebih ciri keselamatan. 

Nadi yang digunakan adalah standard enjin 4.0 liter V6 yang menghasilkan 275 kuasa kuda dan 394 Nm daya kilas, dan terdapat pilihan enjin yang lebih besar V8 berkapasiti 5.6 liter menghasilkan 400 hp dan 560 Nm. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aaron O'Halloran, warga British berusia 31 tahun itu dikesan memandu SUV off-road itu di Stesen…
Berita Global
Namun, seperti yang diberitakan sebelum ini, SUV off-road ikonik itu kian menghampiri penghujung…
Berita Global
Laporan terbaharu daripada Asian Nikkei Review itu menyebut, kilang Pajero Manufacturing yang…