Pajero Final Edition 2022 - Mitsubishi Australia ucap selamat jalan kepada SUV off-road ikonik

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Pajero (atau nama lainnya Shogun) merupakan antara kenderaan tertua yang masih lagi dipasang di kilang Gifu Mitsubishi semenjak tahun 2006.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, seperti yang diberitakan sebelum ini, SUV off-road ikonik itu kian menghampiri penghujung usia dan untuk pasaran Australia, Mitsubishi memperuntukkan sebanyak 800 unit sahaja versi Final Edition.

 


Terdapat tiga trim yang ditawarkan iaitu GLX, GLS dan Exceed, di mana kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah pelapik ruang kargo belakang, alas lantai, tujuh tempat duduk, sistem infotainmen, dan kamera undur.

varian pertengahan pula mendapat ciri tambahan seperti rim 18 inci, penderia parkir belakang, pengelap cermin dengan penderia hujan, lampu automatik, tempat duduk hadapan boleh laras dan sistem audio Rockford.

 


Manakala varian tertinggi pula mendapat kelengkapan seperti bumbung suria elektrik, upholsteri kulit, pedal aluminium, kemasan krom, jalur perlindungan sisi dan sistem penggera.

Tidak ketinggalan, kesemua varian turut mendapat buku informasi khas yang menggunakan kulit berjenama.

 


Mitsubishi Pajero Final Edition 2022 dikuasakan oleh enjin diesel turbo 3.2 liter yang menghasilkan 189 hp dan 441 Nm, sistem pacuan empat roda dengan differential belakang, serta padanan transmisi manual lima nisbah kelajuan.

Harga jualan untuk pasaran Australia masih lagi belum diumumkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Aaron O'Halloran, warga British berusia 31 tahun itu dikesan memandu SUV off-road itu di Stesen…
Berita Global
Laporan terbaharu daripada Asian Nikkei Review itu menyebut, kilang Pajero Manufacturing yang…
Berita Global
Pemberhentian ini adalah disebabkan kadar penjualan yang semakin menurun di peringkat global,…