PANAS: Adakah ini Honda Jazz Type R 2020?

oleh Mohamad Hanif|

Generasi baharu hatchback segmen B Honda Jazz kini sedang giat diuji dan nampaknya anda tidak perlu menunggu dengan lebih lama untuk melihat wajah sebenar di sebalik pelekat samaran. 

Sebuah imej yang dipercayai generasi baharu Honda Jazz 2020 telah pun tersebar di internet, terima kasih kepada rakan media Headlight Mag.
 


Mengikut imej yang dipaparkan, Honda Jazz ini merupakan versi hot hatch (Jazz Type R?) dengan peralatan prestasi tinggi dan diposisikan di bawah Civic Type R. 

Mungkin sekali mahu melawan barisan hot hatch yang ada di luar sana. 

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, generasi keempat ini dilihat banyak mengambil inspirasi daripada Jazz/Fit generasi kedua (Jazz GE) seperti bentuk luaran dan elemen yang dipertaruhkan. 
 


Menurut Headlight Mag lagi, Honda Jazz Type R ini berkemungkinan besar mendapat enjin turbo 1.5 liter yang mampu menghasilkan 220 PS dan 250 Nm daya kilas. 

Manakala bagi versi rakyat kebanyakan, Honda Jazz 2020 akan ditawarkan enjin tiga silinder 1.0 turbo, enjin diesel 1.5 liter dan enjin hibrid 1.5 liter dengan sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive). 

Honda Jazz akan diperkenalkan secara rasmi pada acara Tokyo Motor Show pada Oktober nanti. 

Baca: Apa yang kami tahu tentang Honda Jazz 2020

Sumber: Headlight Mag menerusi Rushlane

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan itu, Honda telah menerbitkan sebuah gambar acah yang memaparkan bahagian profil…
Berita Domestik
Sebelum ini kami pernah mendengar khabar angin dari negara jiran yang mendakwa Honda Jazz 2020…
Berita Domestik
  Setelah Jazz berada di Malaysia sejak 16 tahun lalu, HMSB telah mengumumkan bahawa hatchback…