Honda Fit facelift dilancarkan - harga dari RM51k, varian RS e:HEV RM75k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperkenalkan secara rasmi di Tokyo Motor Show tahun 2019, Honda Jepun mengemaskini penawaran hatchback segmen B Honda Fit dengan membawakan perubahan dari segi kosmetik, penawaran varian baharu serta peningkatan kuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati dalam varian sporti RS e:HEV.

Peningkatan kuasa yang ditawarkan itu ditawarkan kepada kedua-dua jenis trenkuasa.
 

RS


Sistem hibrid e:HEV dengan dua motor elektrik itu dipertingkatkan kuasanya kepada 121 hp dan 253 Nm, sementara respon pendikit turut ditala semula.

Sementara varian yang dilengkapi dengan enjin 1.3 liter yang terdahulu telah digantikan dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC, di mana ia kini berupaya menjana kuasa 116 hp dan 142 Nm.
 

Crosstar


Antara perubahan yang dibawakan termasuklah rekaan bampar yang dikemaskini untuk varian Basic dan Home, penawaran rim aloi yang lebih bergaya untuk varian Luxe, sementara varian Crosstar pula menerima kemasan aluminium pada bahagian bawah bampar dan skirt sisi, serta rekaan corak baharu pada jeriji hadapan.

Sama seperti mana-mana varian RS, Fit RS e:HEV tampil lebih sporti dengan kit badan yang agresif seperti jeriji yang lebih besar, kemasan apron depan gelap, rim aloi lima jejari, penambahan skirt sisi, spoiler belakang, tip ekzos krom serta tidak ketinggalan lencana RS.

Menariknya, varian RS turut mendapat talaan suspensi yang khusus untuk meningkatkan aspek pengendalian hatchback sporti ini.
 

Fit


Kemasan untuk kabin Fit RS e:HEV tidak begitu agresif, melainkan kemasan jahitan kontras jingga pada roda stereng, penambahan butang pemilihan mod pemanduan, serta paddle shifter bertujuan untuk mengawal brek regeneratif.

Selain daripada itu, perkakasan yang ada pada Honda Fit facelift ini adalah hampir sama dengan penawaran terdahulu, seperti skrin kluster digital tujuh inci, skrin infotainmen sembilan inci, serta kelengkapan ADAS Honda SENSING yang telah ditambah baik dengan fungsi informasi titik buta, bantuan mengundur, bantuan kesesakan trafik dan kawalan pedal pendikit.
 

Fit


Harga jualan Honda Fit di pasaran Jepun bermula serendah ¥1,592,800 (RM51,024) untuk varian Fit Basic FWD, hingga ¥2,664,200 (RM85,345) untuk varian Luxe e:HEV 4WD.

Sementara Honda Fit RS e:HEV pula dijual pada harga bermula dari ¥2,346,300 (RM75,162).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika di pasaran luar Honda menggunakan nama Black Edition, di Jepun pengguna ditawarkan BLACK…
Berita Global
  Aksesori yang ditawarkan tidak begitu ketara hingga mengubah terus Fit e:HEV RS dan hanya…
Berita Global
Model Fit yang telah dikemaskini itu akan muncul pada musim luruh 2022 dengan setiap satu varian (…