Honda Jazz 2020 - mampukah ia kekal penguasaan di dalam kelasnya?

oleh Mohamad Hanif|

Kecenderungan minat pasaran terhadap SUV dan crossover sedikit pun tidak menyebabkan Honda gentar dalam terus membangunkan hatchback generasi baharu Honda Fit/Jazz.

Kelibat unit ujian yang penuh dengan pelekat celoreng juga telah dikesan di Eropah, menandakan ia bakal menemui peminatnya tidak lama lagi menggantikan generasi ketiga yang sudah lima tahun berada di pasaran.

Berikut merupakan sedikit sebanyak info berkenaan generasi baharu Jazz/Fit ini:

 

 

  • sehingga kini tiada sebarang gambar rasmi yang didedahkan, hanya gambaran artis berdasarkan kereta ujian yang dikesan tempoh hari.
     
  • adalah selamat untuk dikatakan bahawa Honda Jazz/Fit generasi baharu ini sedikit lembut jiwa luarannya, profil sisi juga lebih kemas
     
  • jika anda perasan, tiang A Jazz/Fit ini nampak lebih kecil untuk penglihatan keluar yang lebih baik
     
  • difahamkan, Honda bakal memperkenalkan versi crossover utility vehicle (CUV) dengan penambahan body cladding, rekaan bumper hadapan yang berbeza, rel bumbung dan jarak suspensi yang lebih tinggi. 

 

 

  • antara keistimewaan Honda Jazz/Fit terdahulu ialah keupayaannya untuk menawarkan ruang yang lebih luas
     
  • ciri Magic Seat juga akan ditawarkan pada generasi terkini 
     
  • rekaan papan pemuka juga kini menggunapakai tema dua tona, dengan corong pendingin hawa menegak dan sistem skrin sentuh 'terapung'.

 

 

  • dari segi trenkuasa pula, Honda Jazz/Fit bakal menggunakan enjin petrol tiga silinder 1.0 liter turbo, enjin diesel 1.5 liter serta enjin hibrid 1.5 liter
     
  • Honda Jazz Hybrid baharu akan menampilkan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang lebih kompak berbandingn sistem Intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) yang dipakai pada Jazz Hybrid terkini.
  • sistem i-MMD ini menggunapakai sistem motor berkembar yang beroperasi secara pintar mengikut mod pemanduan semasa

  • ketika ini, sistem i-MMD hanya terdapat pada model Honda yang lebih besar, seperti Honda Accord dan Honda CR-V. 

  • versi elektrik sepenuhnya masih samar-samar, namun diberitakan bakal mempunyai jarak operasi sekitar 300 km!

 

 


Honda dijangka akan memperkenalkan generasi baharu Jazz/Fit ini pada acara Frankurt Motor Show pada September ini dan acara Tokyo Motor Show yang ke-46 Oktober nanti. 

Sumber: CarScoops

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun dibangunkan atas platform serba baharu, Honda Jazz/Fit generasi keempat ini tidak…
Berita Global
Bersempena dengan itu, Honda telah menerbitkan sebuah gambar acah yang memaparkan bahagian profil…
Berita Domestik
Sebelum ini kami pernah mendengar khabar angin dari negara jiran yang mendakwa Honda Jazz 2020…