PAMERAN BMW PREMIUM SELECTION KEMBALI LAGI DI STADIUM BUKIT JALIL PADA 1-3 MAC

oleh Firdaus Razani|
Acara pameran BMW Premium Selection (BPS) anjuran BMW Group Malaysia bakal kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lebih gah.

Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu termasuk model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) daripada BMW Group ditawarkan kepada pengunjung.

Selain itu, barisan kenderaan premium pra-milik MINI dan BMW Motorrad juga akan dipamerkan di acara tersebut.

Pengunjung di pameran tersebut berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik, antaranya RM5,000 rebat segera dan peluang memenangi barangan eksklusif melalui cabutan bertuah.

Pelanggan juga dapat menikmati hingga 10 peratus untuk peningkatan ciri Connected Drive serta pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

 

bmw

 

Pemilik kenderaan daripada rangkaian BMW Premium Selection turut akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia seperti berikut ;

 

-Waranti Pilihan hingga tujuh tahun yang dijamin oleh Allianz Malaysia

-Pemeriksaan teknikal oleh juruteknik BMW yang bertauliah

-Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan

-Tawaran tukar beli yang kompetitif

 

Pameran BMW Premium Selection 2024 akan diadakan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, pada 1 hingga 3 Mac.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga Mac 2026, BMW Group Malaysia telah menghantar lebih 38,700 unit EV merangkumi model…
Berita Domestik
Ditubuhkan pada tahun 2010, Auto Bavaria Kuala Lumpur kini berkembang jauh melangkaui peranan…
Berita Domestik
Melalui program ini, BMW Malaysia menekankan pengalaman pemilikan premium walaupun bagi kenderaan…