BMW MALAYSIA KEMBALI SEBAGAI RAKAN AUTOMOTIF RASMI KEJOHANAN MAYBANK 2023

oleh Penyumbang Rencana 2|
BMW Malaysia telah mengumumkan bahawa ia kembali sebagai rakan automotif premium yang rasmi bagi acara Kejohanan Maybank 2023 (Maybank Championship 2023).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menjadi satu detik yang bermakna dalam komitmen mereka untuk mendukung acara-acara bertaraf dunia di samping memajukan usaha kelestarian menerusi kenderaan BMW i yang dikuasakan elektrik.

Acara yang diluluskan oleh Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA), adalah berjajaran dengan visi Maybank dalam menjulang kegiatan sukan melibatkan wanita, menghimpunkan atlet-atlet wanita yang terhandal di dunia, dan memberi ilham kepada mereka untuk terus menggapai kecemerlangan.

Menerusi tema ‘Retake the Green’, kejohanan ini menampilkan pemain-pemain golf terbaik dari serata dunia untuk sebuah persaingan yang mengujakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Sebagai rakan automotif rasmi, BMW Malaysia menyediakan barisan kenderaan elektriknya terdiri daripada 22 unit BMW iX dan tujuh unit BMW i7 yang akan menjadi kenderaan rasmi bagi para pemain, pengelola pertandingan, dan VVIP, semasa temasya tersebut berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club. 

Di samping itu, sebuah jentera BMW i7 juga akan dipamerkan di Lubang 15, menambah rencah sofistikasi di acara tersebut.

Kejohanan Maybank 2023 dijadualkan mengambil tempat dari tanggal 26 hingga 29 Oktober 2023, menampilkan 80 atlet wanita dari serata dunia, antaranya ialah juara-juara dunia bernama Nelly Korda, Lydia Ko, Jin Young Ko, Atthaya Thitikul, Minjee Lee, Brooke Henderson, Celine Boutier berserta seorang pemain wanita Malaysia dengan ranking tertinggi, Kelly Tan. 

Para atlet ini akan bersaing untuk merebut bahagian mereka daripada hadiah keseluruhan yang bernilai US$3 juta.
Warga umum dipelawa untuk menyaksikan acara yang mengujakan ini melalui program siaran antarabangsa di MSNBM dan juga Astro, membolehkan para peminat sukan golf berkongsi keterujaan dari keselesaan rumah masing-masing. 

Para peminat dan penyokong juga boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan sendiri temasya berprestij ini di ruang lapangan penonton. Untuk maklumat lanjut mengenai Kejohanan Maybank2023 dan tiket bagi acara ini, sila layari https://www.ticket2u.com.my/maybankchampionship2023.

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…