BMW GROUP MALAYSIA KEKAL KUKUH SEBAGAI JENAMA KENDERAAN PREMIUM NOMBOR SATU MALAYSIA

oleh Firdaus Razani|
Tahun 2023 menyaksikan BMW Group Malaysia masih kekal sebagai syarikat pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia untuk tahun keempat berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan juga BMW Motorrad.

Kejayaan tersebut turut diraikan bersama dengan ulang tahun ke-20 BMW Group Malaysia beroperasi di Malaysia dan kukuh menjadi jenama premium nombor satu.

 

bmw

 

Pada tahun 2023, jenama BMW berjaya menyerahkan sekitar 11,700 unit kenderaan bertaraf premium, lebih 2,600 daripada jumlah tersebut merupakan model 3 Series dan model 5 series mencatat lebih 800 unit.

 

bmw

 

Manakala unit barisan kenderaan Sports Activity Vehicle (SAV) di bawah BMW X telah merupakan yang paling banyak menyumbang daripada jumlah tersebut dengan menyerahkan sebanyak 4,031 unit.

MINI menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan berjaya menyerah lebih daripada 1,700 kenderaan dengan peningkatan sebanyak 42 peratus.

Daripada jumlah unit tersebut, MINI Countryman mendapat permintaan yang tinggi dengan menyerahkan sebanyak 1,086 unit tahun lalu.

 

bmw

 

Manakala, BMW Motorrad pula meningkat sebanyak 13 peratus dengan lebih 1,500 unit motosikal dijual pada tahun lalu dan 700 unit daripadanya adalah segment adventure.

 

bmw

 

BMW Group Malaysia turut berjaya menyerah lebih 3,600 unit kenderaan elektrik (EV) yang merangkumi 24.5 peratus jualan bersamaan peningkatan sebanyak 136 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun lalu sahaja, BMW Malaysia menyerah lebih 600 unit model elektrik sepenuhnya BMW i7 baharu yang mewah dan premium kepada pelanggan.

 

bmw

 

Untuk mengalakkan lagi pengunaan kenderaan elektrik, BMW Group Malaysia berusaha untuk memperluaskan rangkaian pengecasan awamnya di seluruh negara sepanjang 2023.

Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih 1,700 buah fasiliti pengecasan di dalam rangkaiannya untuk kegunaan para pelanggan.

 

bmw

 

BMW Group Malaysia dan Auto Bavaria yang juga rangkaian pusat pengedaran BMW terbesar di Malaysia juga telah menyingkap bilik pameran canggih terbaharu yang dibina menerusi konsep Retail.NEXT.

Ia akan menjadi antara bilik pameran BMW Group yang terbesar di dalam negara untuk membawakan konsep rekaan dan perkhidmatan inovatif yang disebut sebagai Retail.NEXT.

 

bmw

 

Auto Bavaria Balakong akan menjadi yang pertama di dalam negara membawa konsep bilik pameran tersebut dengan ruang yang berkeluasan seluas 240,057 kaki persegi.

Bilik pameran ini juga akan membawakan Grand Klasse Lounge dengan wajah baharu, termasuk ruang penyerahan yang menambah sentuhan kemewahan dan lebih eksklusif

Ia akan menampilkan fasiliti-fasiliti berpaksikan gaya hidup termasuk BMW Café dan ruang singgah yang memberi akses bertaraf premium kepada pelanggan semasa melawat.

 

bmw

 

Pada tahun 2023, BMW Group Malaysia juga muncul sebagai antara tiga negara terbaik di dunia bagi BMW Group atas skor promoter bersih yang merentasi ketiga-tiga jenama dari segi jualan dan perkhidmatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
Ini menjadi satu detik yang bermakna dalam komitmen mereka untuk mendukung acara-acara bertaraf…