GWM Malaysia turut mengumumkan bahawa model itu akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini.

Jadi ketika ini, GWM Malaysia telah kongsikan informasi bahawa model EV tersebut telah mendarat di Malaysia, sekarang ini hanya tunggu tarikh yang sebenar untuk dilancarkan.
Selain dari berita ketibaan model Ora 07 itu, GWM Malaysia turut berkongsi bahawa model GWM Tank 300 turut telah tiba di Malaysia.

Sebelum ini, GWM Malaysia ada memuat naikkan satu hantaran di laman media sosial Facebook berkaitan dengan model GWM Tank 300 yang telah mencapai pengeluaran unit ke 300,000 di China.
Dengan ketibaan model SUV GWM Tank 300 itu, ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna serta peminat SUV di Malaysia.
Kami tidak mendapat laporan penuh bahawa versi Tank 300 yang akan dibawa masuk oleh GWM Malaysia, kerana di China, ia terdapat dua versi iaitu versi enjin petrol dan juga hibrid.

Sedikit perincian berkenaan GWM Tank 300 adalah, model ini dinadikan dengan enjin 2.0 liter turbocas yang mampu menghasilkan kuasa output sebanyak 220hp dan 380Nm tork.
Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan berserta sistem pacuan empat roda.

Manakala bagi versi hibrid, ia turut hadir dengan enjin 2.0 liter turbocas yang ditambahkan dengan sistem elektrikal 48 volt dan mampu menghasilkan kuasa output 245hp dan 380Nm tork.
Walaubagaimanapun, tidak dapat disahkan lagi, versi mana yang telah tiba itu, sama ada versi enjin ataupun hibrid, ataupun ia boleh jadi kedua-dua sekali? Sama-sama kita nantikan.