EV Ora 07 2024 kini di Malaysia, dua varian, jarak gerak sehingga 640 km, pelancaran dalam masa terdekat

oleh Mohamad Hanif|
Great Wall Malaysia hari ini memperlihatkan model kenderaan elektrik terbaharu, Ora 07 2024 yang bakal dilancarkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan sebuah sedan fastback dalam segmen D, dan mampu memberikan saingan kepada model EV seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal.

Dari segi dimensi, Ora 07 membawakan ukuran sepanjang 4,871 mm, lebar 1,862 mm, tinggi 1,500 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,870 mm.
 

07


Untuk pasaran Malaysia, GWM menawarkan dua varian dengan pilihan rangkaian kuasa motor elektrik tunggal pacuan roda depan (Long Range), atau versi Performance dengan motor elektrik berkembar dan sistem pacuan semua roda (AWD).

Untuk versi FWD, Ora 07 dibekalkan dengan motor elektrik berkuasa 201 hp dan 340 Nm Nm, sementara versi AWD pula mampu menjana kuasa setinggi 402 hp dan 680 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.3 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j.
 

07


Pek bateri LFP berkapasiti 83.499 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 640 km, sementara versi Performance pula sejauh 550 km (data kitaran WLTP).

Ora 07 menyokong pengecasan pantas DC di mana bateri boleh dicas 30 hingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.

Daripada sudut luaran, Ora 07 2024 membawakan bentuk badan sedan fastback yang mengingatkan kita kepada Ora Good Cat, selain membawakan pengaruh daripada model pantas Porsche 911 dan Panamera.
 

07


Ia juga turut menampilkan ciri seperti pemegang pintu tertanam dalam badan, rekaan pintu dengan tingkap tanpa bingkai, serta spoiler adaptif.

Ruang kabin pula membawakan susun atur yang klasik, dimulakan dengan skrin kluster digital berbentuk bulat 10.25 inci, diikuti dengan skrin infohibur sebesar 12.3 inci, sementara konsol tengah pula menempatkan tombol kawalan untuk sistem pendingin hawa pintar.

Selain daripada balutan bahan yang premium, terdapat juga bumbung kaca panorama sebesar 1.7 meter persegi.
 

07


Ciri keselamatan termasuklah enam beg udara, amaran pelanggaran hadapan, sistem brek kecemasan automatik, bantuan persimpangan, amaran keluar lorong, amaran titik buta, serta amaran lintasan trafik belakang.

GWM Ora 07 merupakan sebahagian daripada cita-cita besar Great Wall Motor Malaysia untuk memperkenalkan lebih banyak model-model menarik pada tahun ini.

Selepas Ora 07, GWM Malaysia akan melancarkan dua model baharu, iaitu Haval H6 HEV pada suku kedua 2024 (Q2 2024) diikuti Tank 300 pada suku ketiga (Q3 2024).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
GWM Malaysia turut mengumumkan bahawa model itu akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini…