TEMPAHAN UNTUK EV ORA 07 KINI TELAH DIBUKA

oleh Firdaus Razani|
GWM Malaysia mengumumkan bahawa sedan elektrik yang dinanti-nantikan di pasaran Malaysia, iaitu GWM ORA 07 kini telah dibuka untuk tempahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta teknologi canggihnya menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan untuk pengguna Malaysia.

Bagi pelanggan yang menempah ORA 07 mulai hari ini dan seterusnya, pelanggan akan menerima tawaran eksklusif untuk masa yang terhad iaitu pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun (termasuk alat ganti dan upah).

 

ora07

 

Serba sedikit mengenai ciri-ciri utama pada GWM ORA 07 adalah seperti berikut;

Pada bahagian luaran ORA 07 dilengkapi dengan lampu depan LED pintar dan tingkap tanpa bingkai ke bumbung kaca panoramik serta spoiler belakang elektrik adaptif.

Pada bahagian ruang dalaman pula, ORA 07 telah direka dengan teliti untuk membuat karakter dalaman yang tersendiri yang menggabungkan kecanggihan dengan kemodenan.

Garisan premium dan bahan berkualiti tingginya mencerminkan keunggulan yang disertai kemudahan komprehensif yang disesuaikan untuk mencerminkan cita rasa yang arif dan tinggi.

ORA 07 terbaharu ini juga menampilkan dua pilihan varian iaitu varian motor elektrik tunggal dan varian prestasi iaitu varian motor elektrik yang memacu untuk semua roda.

Untuk varian motor elektrik tunggal, ia memacu bahagian roda hadapan dengan memberi kuasa output sehingga 201hp dan menjana tork sehingga 340Nm.

Manakala bagi varian prestasi, dwimotor elektrik tersebut mampu memberi kuasa output sehingga 402hp dan 680Nm tork dan mampu memecut 0-100kmj hanya dalam 4.3 saat sahaja.

Model ORA 07 dilengkapi dengan pek bateri litium berkapasiti 83.5kWh yang mampu memberi jarak gerak sehingga 640km bagi varian motor tunggal manakala dwimotor mampu mencapai jarak gerak 550km.

Untuk ciri keselamatan, GWM 07 mengguna pakai konsep struktur badan seperti sangkar dalam reka bentuknya untuk memberikan perlindungan keselamatan yang komprehensif.

Ia turut didatangkan sebagai standard dengan sistem pelepasan lorong, LKA (lane keeping system), serta BSD (blind spot monitoring system).

Ia turut menyokong fungsi seperti pandangan panorama 360 darjah, pengelakan pintar, pengecaman tanda lalu lintas, had laju pelayaran, amaran lebih halaju dan lain-lain.

ORA 07 boleh didapati dalam tiga pilihan warna, iaitu Crystal Purple, Amethyst Grey dan Jade White.

Pelanggan yang berminat kini boleh menempah GWM ORA 07 melalui pengedar sah GWM di seluruh negara atau layari laman web rasmi di https://www.gwm.com.my/ORA07

Sebagai alternatif, pelanggan turut boleh hantarkan pertanyaan kepada sokongan perkhidmatan pelanggan rasmi di [email protected]

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Berita Domestik
GWM Malaysia turut mengumumkan bahawa model itu akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini…